Kehidupan,
Tak Pernah Ku Terfikir,
Tak Pernah Terlintas Difikiranku
Apa Yang Aku Lakukan,
Kala Ini,,
Suka,Duka,
Gembira Dan Sedih,
Itulah Pengembaraan Emosi Ku.....
Namun Semua Itu,
Hanyalah Sebuah Mimpi,
Tika Aku Terhantuk,
Lalu Terlena,
Hanyut Dibuai Rasa Dan Perasaan,
Dalam Alam Fantasi,
Yang Penuh Duri.....
Kini Hidupku Tidak Lagi Bermaya,
Mimpi Indah,
Sirna Ditelan Mentari Pagi,
Melodi Indah,
Yang Ku Dengar Dicupingku,
Kini Samar,
Hilang Ditelan Masa.....
Kehidupan,
Umpama Roda Yang Berpusing,
Siang Malam Silih Berganti,
Menanti Hari Yang Tak Pasti,
Dan Yang Tak Kekal Abadi.....
Ya-Allah,Ya-Rahim,
Kau Nur Bagi Ku,
Disetiap Jatuhku,
Sentiasa Ada Kau,
Menemaniku,
Saat Ku Sedih,
Saat ku lemah,
Kau Ilham bagiku,
Untukku Meneruskan Kehidupan Ini,
Tanpa Gusar,
Tanpa Ada Sedikit pun,
Perasaan Sunyiku.....
Terima Kasih Ya-Allah,
Kerana Kau Sentiasa Ada Disisi Hamba - Hamba Mu......... :'(
No comments:
Post a Comment